Logo

TERMA & SYARAT

4th DRONE EDU CHALLENGE IR 4.0 2024


1. PENYERTAAN

a) Terbuka kepada pelajar warga Malaysia mengikut Kluster dan Kategori dipertandingkan.

b) Tiada had penyertaan bagi satu sekolah.

c) Tidak wajib mempunyai set dron sendiri.

d) Penyertaan adalah secara berkumpulan sahaja.

e) Satu (1) kumpulan WAJIB terdiri daripada dua (2) pelajar (kategori yang sama) DAN seorang (1) guru pembimbing dari sekolah yang sama sahaja.

f) Pendaftaran perlu dibuat oleh guru pembimbing lalui laman www.dec4ir.com.

g) Guru pembimbing boleh terdiri daripada mana-mana guru dari sekolah yang sama.

h) Satu guru dibenarkan untuk membimbing lebih dari satu (tiada had) kumpulan dari sekolah yang sama sahaja.

i) Satu pelajar hanya boleh menyertai satu penyertaan & kumpulan sahaja.


2. KATEGORI PENYERTAAN

a) Kluster KPM:

i. Kategori 1: Sekolah Menengah (Atas)

ii. Kategori 2: Sekolah Menengah (Rendah)

iii. Kategori 3: Sekolah Rendah (Tahap 2)

iv. Kategori 4: Sekolah Rendah (Tahap 1)

v. Kategori 5: Sekolah Pendidikan Khas (Menengah)

vi. Kategori 6: Sekolah Pendidikan Khas (Rendah)

b) Kluster Ikram Musleh:

i. Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

ii. Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)

c) Kluster Swasta

i. Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

ii. Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)

d) Kluster Belia

i. Umur 18-30 tahun sahaja.

* Kluster dipertandingkan akan dibatalkan sekiranya tidak mempunyai cukup peserta


3. SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN

a) Penyertaan adalah PERCUMA.

b) Peserta perlu berdaftar secara kumpulan di www.dec4ir.com.

c) Pertandingan adalah secara pembelajaran dalam talian (online) sepenuhnya.

d) Semua peserta perlu mematuhi semua peraturan pertandingan.

e) Peserta perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan dari ibubapa / penjaga dan pihak sekolah bagi menyertai program ini.

f) Keputusan Hakim adalah muktamad.


4. PERINGKAT PERTANDINGAN

a) Semua Kluster:

i. Pertandingan dibahagikan kepada SARINGAN AWAL dan SARINGAN AKHIR.


5. MEDIA SOSIAL

Semua peserta perlu Like, subscribe, follow dan Share:

a) Telegram Channel: https://t.me/dec4ir

b) Youtube: www.youtube.com/@DroneEduChallengeIR40

c) Facebook: www.facebook.com/droneeduchallenge

d) Instagram: www.instagram.com/droneeduchallenge/

e) Pengumuman & keputusan rasmi pertandingan hanya akan dipaparkan di laman sosial rasmi diatas.


6. TUNTUTAN HAK CIPTA

Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana- mana media yang lain atau media social untuk tujuan penganjur.


7. TANGGUNGAN

a) Segala perbelanjanan dan kelengkapan peralatan seperti telefon pintar, komputer riba, talian internet, lain-lain yang berkaitan dengan penyertaan pertandingan adalah atas tanggungan pihak sekolah dan peserta sendiri.

b) Pihak penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa kecederaan / kemalangan / kehilangan hartabenda sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas pertandingan.